Top Ittipat - Jutawan Muda Thailand
Pernah tak korang makan snek rumpai laut Tao Kae Noi? Kalau pernah, baguslah sebab dalam post kali ni aku mahu berkongsi sebuah kisah kejayaan anak muda remaja Thailand yang menjadi jutawan pada umur 19 tahun.
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes "weapon trading" dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya mengtinjauankan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang tertinjauan daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu.
Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar. Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia mengtinjauankan snek rumpai lautnya.
Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk mengtinjauankan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang ditinjauankannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai jutawan muda Thailand.
"Do not lose your courage, no matter what. Because if we give up, the game is over." - Top Ittipat -
Posting Komentar