6 Okt 2013
Kebanyakan billionair menandakan kekayaan mereka dengan membeli kereta mewah, kapal pesiar, istana, hingga pulau peribadi. Namun lelaki Amerika Syarikat ini, Reggie Theus menawarkan membayar hutang negara yang hingga kini masih menjadi perdebatan hangat. Theus mendapat wang 4 trillion masuk mendadak ke akaunnya dan menjadikan dia lelaki terkaya sejagat.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (4/10), Theus bekerja sebagai pengurus restoran. Dia mengatakan terkejut apabila melihat akaun banknya terisi penuh, "Aku belum pernah sekaya ini," katanya.
Namun bank yang tidak disebutkan namanya itu menyedari kesalahannya dan segera mengeluarkan semula wang dari akaun Theus. Bank itu juga enggan menyebutkan pegawai yang telah melakukan kesilapan itu.
Theus pun tidak jadi menawarkan wangnya demi membiayai hutang negara ketika ini masih menjadi perdebatan antara Parti Republik dan Demokrat.
Masalah anggaran ini masih belum diketahui hujungnya yang berdampak pada penutupan beberapa instansi pemerintah, bahkan Presiden Barack Hussen Obama membatalkan perjalanannya ke Asia demi mengurus penetapan anggaran Amerika itu.
Posting Komentar