Lebih 37 000 Pelarian Nigeria Memasuki Niger


NIAMEY – Lebih 37,000 penduduk Nigeria dilaporkan meninggalkan negara itu dengan memasuki negara jiran, Niger berikutan keganasan yang tercetus antara tentera dan gerila Boko Haram di utara Negara itu.

Angka terbaru itu didedahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

“Seramai 37,332 orang meninggalkan kawasan pertempuran di negeri Borno, Yobe dan Adamaoua di utara Nigeria. Mereka didaftarkan masuk di Diffa, di barat daya Niger”, kata PBB dalam satu kenyataan.

Angka pelarian yang memasuki Niger meningkat hamper enam kali ganda sejak Jun, sebulan selepas tentera Nigeria memulakan operasi memburu anggota gerila Boko Haram dengan menyaksikan ribuan terbunuh. – AFP

Dadah RM462 000 dalam kemaluan

Buenos Aires: Seorang wanita Britain ditangkap bersama-sama dengan kokain bernilai £100,000 (RM462,000) yang disembunyikan dalam kemaluannya ketika hendak berlepas dengan penerbangan ke London.
Jurucakap Kementerian Keselamatan Argentina berkata: “Kokain seberat 850 gram itu dibungkus padat dalam bentuk bergulung seperti sosej.’ Dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza dan kini ditahan di penjara untuk banduan wanita di Buenos Aires.

Polis menangkap wanita berkenaan ketika dia hendak mendaftar masuk untuk penerbangan ke Britain selepas mengawasi gerak-geri wanita berkenaan beberapa hari sebelum ini.
Polis Argentina kini berusaha untuk mengenal pasti kumpulan yang mengupah wanita itu untuk menyeludup dadah ke Britain.

Menurut jurucakap berkenaan, ini bukan kali pertama pihaknya menangkap wanita membawa dadah dalam kemaluan mereka.

“Harga kokain yang dibawanya mungkin boleh mencecah kira-kira £100,000 (RM462,000) jika dijual secara runcit di Britain. - Daily Mail