Anak saya mati akibat tembakan

  •  Anak saya mati akibat tembakanDari kiri: Adun Chenor, Mohd Ariffin Awang Ismail, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib ketika melawat Abdul Nasir, semalam
< 1 / 1 >
MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.
Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

“Dia  yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

“Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

“Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.

“Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

“Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena,” katanya.
Abdul Nasir berkata, pada 5.15 pagi, polis memberitahu kenderaan dipandu mangsa terbabas merempuh perhentian bas dan dibawa ke HoSHAS.
Menurutnya, setiba di hospital, mangsa diberi rawatan dalam keadaan tidak berapa sedar.

“Saya pegang tangan Allahyarham dan cakap ‘Angah ini ayah’ sebelum mengucap dua kalimah syahadah di telinganya. Tidak lama, Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

“Saya tidak puas hati kerana laporan ini bercanggah dengan kenyataan polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod rawatan sakit mental, tetapi sering mengalami gangguan emosi sejak terlibat dalam kemalangan pada September tahun lepas.
“Allahyarham baru habis belajar di Gebeng dan akan ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Dia memang ada ambil ubat penenang dari HoSHAS kerana gangguan emosi, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan.

"Allahyarham juga suka berzikir dengan kuat hingga takutkan orang berdekatan," katanya.
Namun katanya, mangsa tidak lagi berzikir dengan kuat selepas berubat perubatan Islam.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jengka Batu 13, malam kelmarin.

sumber:

Gambar Fasha Bercuti Dgn Anak Tiri Di Singapura


Memang jelas terserlah ciri-ciri keibuan yang ada dalam diri pelakon Fasha Sandha ketika dia bercuti di Singapura bersama suaminya, Rizal Ashram Ramli dan anaknya, Putra Rayfal Ramli, baru-baru ini.

Percutian mereka sekeluarga turut dilengkapi dengan kehadiran anak tiri Fasha, Putra Rayqal Ramli yang merupakan anak kepada pelakon comel, Nora Danish.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan Fasha menerusi laman Instagramnya, dapat dilihat kemesraan yang wujud di antara mereka.

Baguslah begitu, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pelakon dan ahli perniagaan, Fasha tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri.

Malah, kebanyakan peminat mula menyukai aktres ini yang kelihatan lebih ‘low profile’ semenjak bergelar ibu pada April lalu.

Apa-apa pun layan dulu gambar percutian mereka sekeluarga ini ya!




KEBAKARAN Tiga Termasuk Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Maut

KEBAKARAN: Tiga Termasuk Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Maut

IPOH – Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 12 tahun dipercayai anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Vida dan seorang pekerja lelakinya berusia 20-an terbunuh dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Meru Hill, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa ditemui dalam keadaan terduduk didalam sebuah bilik air tingkat atas premis itu.
Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam berkata turut parah dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki akibat terjun dari tingkat satu premis itu ketika cuba menyelamatkan diri.
Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Harian Metro
bakarr
Suasana pilu dapat dirakamkan ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida menyiram air mawar ke pusara kedua anak-anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh, Perak, Ahad. Anak sulung Vida, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja Muhammad Nor Syamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu.

93 anak masih tidak cukup

5 Sep 2013 

myMetro

Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.

Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.

“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.

Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.
“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.

Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.