93 anak masih tidak cukup

5 Sep 2013 

myMetro

Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.

Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.

“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.

Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.
“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.

Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.

Posting Komentar