Lelaki Ini Sembunyi Dalam Hutan Selama 40 Tahun!

Gambar menunjukkan Ho Van Lang, sejurus selepas dibawa keluar dari hutan

Sebut sahaja perang, mesti kita akan terbayang suasana orang berperang dengan senjata, dentuman bom di sana sini. Ia satu suasana yang cukup mencemaskan. Tahukah anda, rupa-rupanya terdapat dua orang lelaki iaitu seorang bapa dan anaknya dipercayai melarikan diri ke dalam hutan semasa perang di negara mereka dan bersembunyi di dalam hutan selama 40 tahun akhirnya ditemui penduduk tempatan. Bayangkan ya selama 40 tahun mereka seolah-olah terputus dunia dengan dunia luar.



lang2

Thanh kini dirawat di sebuah hospital.

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, Ho Van Lang, 41.

Lelaki tua itu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam.

Bagaimanapun, selepas letupan bom meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain.

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas pokok. – Agensi

Posting Komentar