SEDARI mula timbulnya desas-desus dia kononnya menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali Jasuli, pelakon ini pantas menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan mereka hanya bersahabat. Namun keintiman pasangan ini semakin ketara apabila Tasha Shilla dikatakan sering mengikut Mahali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolak sepak.
Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan sejak akhir-akhir ni prestasi pemain muda itu kian merosot dan Tasha dipersalahkan. Gara-gara terlalu asyik bercinta sehinggakan Mahali gagal memberikan tumpuan pada kerjayanya.
“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.
“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya tapi bila dia main tak bagus, mula nak kaitkan nama saya. Soal kenapa dia tak beraksi cemerlang, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagopal kan”, kata Tasha Shilla ketka diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.
Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, kelmarin.
Pada masa sama Tasha mengesahkan dirinya kini masih lagu belum berpunya. Namun tidak hanya Mahali seorang yang kini menjadi temannya malah dia berkawan dengan ramai orang.
“Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin namun jodoh, ajal dan maut adalah di tangan Tuhan dan saya menyerahkan segalanya kepada Tuhan,” ujarnya.
Perkembangan lain, Tasha kini sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Samarinda TV3 berjudul Terukir di Bintang. Selain itu pada Disember depan dia bakal berangkat ke Korea bagi menjalani penggambaran drama bersiri terbitan RTM berjudul Semusim Salju. – Malaysia Digest
Posting Komentar