Sehingga semalam, masih lagi berlaku tembak-menembak antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan pengganas di Lahad Datu yang merupakan pengikut seorang tua yang mengaku dirinya Sultan Sulu, yakni Jamalul Kiram III.Ini tanda yang amat jelas bahawa saki-baki pengganas yang dikatakan kelaparan dan sudah dikepung tidak berminat untuk menyerah kalah.Selepas melihat apa yang dilakukan rakan-rakan mereka di Semporna ke atas beberapa polis kita yang ditawan minggu lalu, rasanya dendam dan kemarahan mereka tidak boleh dibendung lagi.Diserang bagaimana cara pun…mereka tetap degil… Nyata mereka sanggup mati daripada menyerah kalah kepada pasukan keselamatan Malaysia.Mereka tidak mahu simpati…tidak mahu perdamaian…mereka mahu kematian…Bayangkan…kita berlembut sampai 4 minggu kita pujuk mereka untuk pulang…kita tidak mahu pertumpahan darah…Namun mereka, sebaik dapat peluang…mereka membunuh pasukan keselamatan kita tanpa langsung ada belas kasihan…Di Semporna, rakan mereka menyembelih pasukan kita…membelah dada anggota keselamatan untuk mengeluarkan anggota dalam….begitu sekali dendam mereka…Kini, di Lahad Datu walaupun mereka berada dalam posisi tertekan…mereka tetap tidak mahu menyerah kalah…Tidak ada tanda-tanda pun yang mereka mahu menyerah…kita pun tak perlu tunggu untuk mereka menyerah diri…Apa yang boleh kita buat dengan sekumpulan manusia yang datang untuk mencetuskan hura-hara dan tidak gentar langsung untuk membunuh kita?Sekumpulan manusia yang tidak faham erti belas kasihan dan tolak ansur…Kalau di negara lain…Thailand umpamanya…kalau masuk bawak senjata dan berkampung macam kat Lahad Datu…bukan 4 minggu…sila-silap hari ke 4 dah arwah semua…Dalam keadaan sekarang…kita boleh buat satu benda…jika kematian yang mereka mahu…kita berikan sahaja kematian kepada mereka dengan pantas…Habis cerita…kerana sebelum mereka mula membunuh kita…kita bunuh mereka dulu!sumber
Posting Komentar