Satu Keluarga Sepakat Bunuh Diri

Lima sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah van di tengah negara ini dipercayai bunuh diri, kata pihak berkuasa semalam.



Lima beranak itu, lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an dan tiga kanak-kanak lelaki berusia lima, tujuh dan 10 tahun ditemui dalam sebuah kenderaan di kawasan parkir di Fujinomiya, wilayah Shizuoka, kata pegawai polis di Jabatan Polis Fujinomiya.

Lima beranak berkenaan dipercayai mati akibat gas beracun karbon monoksida selepas membakar serpihan arang dalam kenderaan itu - bukan kaedah luar biasa membunuh diri di Jepun. “Kami masih menyiasat kes itu sebagai kes bunuh diri sekeluarga kerana mereka turut meninggalkan nota bunuh diri,” kata jurucakap polis.

Jepun dengan populasi kira-kira 128 juta adalah satu daripada negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia. Setiap tahun lebih 30,000 orang meragut nyawa sendiri di negara di mana bunuh diri disifatkan kurang memalukan berbanding di sesetengah negara Barat.

-Hmetro

Bunuh Sahaja Semua Pengganas Di Sabah!

dengan tangkal

Sehingga semalam, masih lagi berlaku tembak-menembak antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan pengganas di Lahad Datu yang merupakan pengikut seorang tua yang mengaku dirinya Sultan Sulu, yakni Jamalul Kiram III.
Ini tanda yang amat jelas bahawa saki-baki pengganas yang dikatakan kelaparan dan sudah dikepung tidak berminat untuk menyerah kalah.
Selepas melihat apa yang dilakukan rakan-rakan mereka di Semporna ke atas beberapa polis kita yang ditawan minggu lalu, rasanya dendam dan kemarahan mereka tidak boleh dibendung lagi.
Diserang bagaimana cara pun…mereka tetap degil…
Nyata mereka sanggup mati daripada menyerah kalah kepada pasukan keselamatan Malaysia.
Mereka tidak mahu simpati…tidak mahu perdamaian…mereka mahu kematian…
Bayangkan…kita berlembut sampai 4 minggu kita pujuk mereka untuk pulang…kita tidak mahu pertumpahan darah…
Namun mereka, sebaik dapat peluang…mereka membunuh pasukan keselamatan kita tanpa langsung ada belas kasihan…
Di Semporna, rakan mereka menyembelih pasukan kita…membelah dada anggota keselamatan untuk mengeluarkan anggota dalam….begitu sekali dendam mereka…
kejam
Kini, di Lahad Datu walaupun mereka berada dalam posisi tertekan…mereka tetap tidak mahu menyerah kalah…
Tidak ada tanda-tanda pun yang mereka mahu menyerah…kita pun tak perlu tunggu untuk mereka menyerah diri…
Apa yang boleh kita buat dengan sekumpulan manusia yang datang untuk mencetuskan hura-hara dan tidak gentar langsung untuk membunuh kita?
Sekumpulan manusia yang tidak faham erti belas kasihan dan tolak ansur…
kejam 2
Kalau di negara lain…Thailand umpamanya…kalau masuk bawak senjata dan berkampung macam kat Lahad Datu…bukan 4 minggu…sila-silap hari ke 4 dah arwah semua…
Dalam keadaan sekarang…kita boleh buat satu benda…jika kematian yang mereka mahu…kita berikan sahaja kematian kepada mereka dengan pantas…
Habis cerita…kerana sebelum mereka mula membunuh kita…kita bunuh mereka dulu!
sumber