Agen Nafi Mr Bean Peluk Islam


Agen kepada Rowan Atkinson atau Mr Bean menafikan pelakon terkenal berkenaan telah memluk Islam.

Lucy yang dihubungi sebuah portal berpengkalan di Israel memberitahu, dalam pengetahuaannya, Rowan tidak memeluk Islam.

Sebelum ini, laman web Islampos melaporkan bahawa berita tersebut mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocence of Muslim”.

Ketika ditanya media mengenai perkara itu, Mr Bean dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.

Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.

Penafian mengenai Mr Bean memeluk Islam dibuat hari ini oleh laman Israellycool yang menghubungi Lucy melalui email.


PAS nafi Utusan Kami tak baling telur


  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini  Mac 13 2013
PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui

Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa," kata Nor Hanif.