PAS nafi Utusan Kami tak baling telur


  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini  Mac 13 2013
PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui

Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa," kata Nor Hanif.

Kedatangan PM tak mampu atasi gelombang perubahan Sabah

Keadilandaily

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendakwa perdana menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
“Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN,” kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.
Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Lawatan itu berlangsung selepas ahli Parlimen Tuaran Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort Lajim Ukin menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Pakatan minggu lepas.
Pada masa sama, beliau tidak yakin lawatan Najib ke Sabah akan membawa sebarang perubahan baik secara langsung kepada penduduk negeri itu.

“Saya tak rasa dia ada keberanian yang diperlukan untuk melakukan perubahan,” katanya lagi.
Pada masa sama, pengumuman terma rujukan suruhanjaya diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah yang akan dibuat Najib juga tidak mengganggu momentum sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu, katanya petik MalaysiaKini.

“Saya harap semua pimpinan dari parti mana sekali pun teruskan agenda perubahan di Sabah.
“Kalau Najib hendak tawar insentif apa-apa sekali pun, kami tidak akan berganjak dengan agenda perubahan kami.
“Kami sendiri pun sudah lama berikrar mahu menubuhkan RCI, dan memberikan royalti sebanyak 20 peratus kepada Sabah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Najib meluaskan terma RCI untuk menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum.
“Kita tidak mahu RCI fokus kepada Sabah sahaja tetapi juga turut fokus kepada seluruh Malaysia.
“Kita tak mahu kewarganegaraan dijual tanpa rasa tanggungjawab,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Acara Janji Bersih tak jejas sambutan kemerdekaan – SAMM


Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai
‘Himpunan Janji BERSIH’ malam sambutan tahun baru.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang  sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun kemerdekaan negara dengan ‘mood’ menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan menegaskan bahawa:
- Setuju sambutan kemerdekaan jangan dipolitikkan tetapi sedarkah Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan.

Setuju sambutan ulang tahun kemerdekaan seharusnya meraikan sejarah kemerdekaan negara agar tidak dilupai oleh ganerasi sekarang dan akan datang. Selama ini sambutan kemerdekaan hanya mengenengahkan 5 – 6 sahaja tokoh kemerdekaan negara yang terdiri dari Presiden Umno sahaja.

Ya, Tunku Abdul Rahman terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan baki Presiden Umno selepas itu ?
- Sambutan ulang tahun kemerdekaan memang sudah lama ditunggang oleh Umno BN demi kepentingan politik mereka tetapi tahun ini terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) dari tema yang digunakan dalam jelajah BN iaitu Janji DiTepati.

Lagu tema yang digunakan pula jelas telah digunakan dalam program Bn bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja lirik, bukan sahaja liriknya tiada langsung ciri-ciri kemerdekaan malah ada sumber yang mengatakan ia disadur dari lagu keagamaan dari negara jiran.

Sambutan kemerdekaan tahun ini lebih parah lagi dengan kemunculan logo kemerdekaan yang ‘buruk’ dan kemudian ditarik balik oleh menteri dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi. Jika Ismail menegaskan menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa terlebih dahulu.
- Acara Janji BERSIH tersebut bukan anjuran jawatankuasa Pemandu BERSIH tetapi ialah inisatif 26 pertubuhan bukan kerajaan yang melihat betapa kesempatan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara harus juga dimunculkan desakan mengembalikan hak rakyat untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil.

- Untuk pengetahuan Ismail, kemerdekaan negara bukan setakat punya garis sempadan negara yang dijaga oleh anggota keselamatan sendiri. Kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/ memilih siapa untuk mentadbir negara.
Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak.

Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih – lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain.
- Acara malam tersebut yang dipanggil #JanjiBERSIH bukan acara berasingan atau acara lain, tetapi ia adalah acara mengajak seramai mungkin rakyat sama mengira detik kemerdekaan negara yang ke 55, meraikan dengan penuh semangat cintakan tanah air dengan memunculkan mood BERSIH, mendesak 8 tuntutan ditunaikan dengan berkostum serba kuning.

- Tidak akan ada sebarang kekecohan sebaliknya program mengira detik kemerdekaan kali ini pasti akan lebih meriah dan ramai serta lebih terarah bukan sekadar bersifat hiburan semata – mata.

- Jangan juga terpadaya dengan tindakan ‘ketakutan diri melampau’ paranoid seperti Menteri Dalam Negeri yang pernah mengharamkan BERSIH dan baju kuning itu haram yang kemudian diputuskan oleh Mahkamah bahawa tindakan menteri itu salah.
SAMM juga simpati dengan polis yang diperalat ketika itu untuk memburu baju kuning seperti mengesan dadah dan senjata berbahaya. Maka SAMM meminta Ismail untuk tenang dan jangan termakan sangat dengan propaganda parti penguasa regim ini.
- SAMM mengajak semua rakyat tak kira latar belakang untuk sama meraikan sambutan mengira detik menjelang ulang tahun kemerekaan negara dengan serba kuning.
Sekian
che’GuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
Short URL: http://www.keadilandaily.com